Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata sehubungan itu satu kawasan untuk projek tukun tiruan bagi tujuan pembiakan ikan akan dilakukan di kawasan tersebut tidak berapa lama lagi.
"Ia merupakan satu projek mega yang apabila dilaksanakan akan membolehkan pelancong dan orang ramai memancing ikan di kawasan tersebut.
“Selaras dengan peranan Pulau Perhentian sebagai destinasi pelancongan dunia sekarang, maka kerajaan memikirkan perlu diwujudkan satu program pelancongan baru bagi menarik lebih ramai pelancong ke pulau berkenaan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata industri pelancong telah membawa pulangan hasil yang baik kepada negeri ini hingga menyebabkan pertumbuhan ekonomi dalam sektor�pelancongan kini berada pada taraf yang memberangsangkan. - Bernama