Translate

Memaparkan catatan dengan label Poligami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Poligami. Papar semua catatan

24/06/2012

Berpoligami : Cinta Atau Sex

Suka saya katakan saya tidak bersetuju jika Lelaki pada zaman sekarang berpoligami dan Lelaki berpoligami selalunya adalah untuk sex semata-mata bukan atas dasar mahupun membela wanita.

Poligami? Bila disebut berpoligami pasti kaum adam suka. Malah ada pula kaum hawa yang tidak setuju. Kaum adam yang ingin berkahwin lebih dari satu menyatakan “Poligami ikut sunnah“. Tapi sebelum itu.. Tahukah anda makna perkahwinan yang sebenar? Tujuan anda berkahwin? Dulu katanya.. Aku berkahwin sebab aku cinta akan si dia… Cinta aku mati pada si dia tidak pada orang lain.. Mengapa masih wujud Berpoligami? Cinta Atau Sex Abang?

Poligami mengikut sunnah ? Tahukah Poligami Rasulullah bagaimana ? Rasulullah Berpoligami bukan kerna ayat-ayat cinta mahupun sex.. Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun. Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun. Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.

Wahai Kaum Adam, Anda mahu berpoligami? CERMIN DIRI.. Bermonogomi baru 5 tahun, Anak masih kecil ! kerja tidak menentu !.. Nafkah bini tidak diberi. Anak terbiar mahu berpoligami? Apakah anda berkahwin lagi kerana cinta anda tidak pada isteri anda? Adakah kerana anda tidak puas bersama isteri anda? Marilah abang, Sex itu hanya sementara! Dimana janji cinta di awal perkahwinan?

23/06/2011

Insentif Berpoligami Untungkan Banyak Pihak, Kata Ketua Hakim Syarie Kelantan

View Image

KOTA BAHARU, 22 Jun (Bernama) -- Cadangan Kelantan memberi insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan poligami mereka, akan menguntungkan banyak pihak, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad.

Beliau berkata langkah itu juga tidak bercanggah dengan Islam kerana ia boleh mengharmonikan rumah tangga dan pasangan terbabit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...