Translate

23/06/2011

Insentif Berpoligami Untungkan Banyak Pihak, Kata Ketua Hakim Syarie Kelantan

View Image

KOTA BAHARU, 22 Jun (Bernama) -- Cadangan Kelantan memberi insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan poligami mereka, akan menguntungkan banyak pihak, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad.

Beliau berkata langkah itu juga tidak bercanggah dengan Islam kerana ia boleh mengharmonikan rumah tangga dan pasangan terbabit.

"Baguslah, cadangan insentif itu baik dari segi agama, dan ia boleh membantu mengharmonikan rumah tangga yang dibina secara poligami," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Daud, yang merupakan seorang daripada penggubal Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan, diminta mengulas kenyataan exco negeri itu Wan Ubaidah Omar mengenai cadangan Kelantan memberi insentif kepada suami yang tidak merahsiakan poligami.

Wan Ubaidah berkata pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya daripada pengetahuan isteri dan anggota keluarga lain bagi mengelak berlaku salah faham.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...