Suka saya katakan saya tidak bersetuju jika Lelaki pada zaman
sekarang berpoligami dan Lelaki berpoligami selalunya adalah untuk sex
semata-mata bukan atas dasar mahupun membela wanita.
Poligami? Bila disebut
berpoligami pasti kaum adam suka. Malah ada pula kaum hawa yang tidak setuju.
Kaum adam yang ingin berkahwin lebih dari satu menyatakan “Poligami
ikut sunnah“. Tapi sebelum itu.. Tahukah anda makna perkahwinan
yang sebenar? Tujuan anda berkahwin? Dulu katanya.. Aku berkahwin sebab aku
cinta akan si dia… Cinta aku mati pada si dia tidak pada orang lain.. Mengapa
masih wujud Berpoligami? Cinta Atau Sex Abang?
Poligami mengikut sunnah ?
Tahukah Poligami Rasulullah bagaimana ? Rasulullah Berpoligami bukan kerna
ayat-ayat cinta mahupun sex.. Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.
Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun.
Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah
sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.
Wahai Kaum Adam, Anda mahu berpoligami? CERMIN
DIRI.. Bermonogomi baru 5 tahun, Anak masih
kecil ! kerja tidak menentu !.. Nafkah bini tidak diberi. Anak terbiar
mahu berpoligami? Apakah anda berkahwin lagi kerana cinta anda tidak pada
isteri anda? Adakah kerana anda tidak puas bersama isteri anda? Marilah abang,
Sex itu hanya sementara! Dimana janji cinta di awal perkahwinan?
” Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku
adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya),
maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang
sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu
adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”
Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap
adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau
sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun
masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih
khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.
Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di
sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi
mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami
hendaklah berlaku adil sebagai berikut:
·
Berlaku adil terhadap
dirinya sendiri.
·
Adil di antara para
isteri.
·
Adil memberikan
nafkah.
·
Adil dalam menyediakan
tempat tinggal.
·
Adil dalam giliran.
Islam mengharuskan poligami atas beberapa
sebab:-
·
Suami mempunyai
dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi
keinginannya.
·
Keadaan isteri yang
sentiasa uzur dan sakit.
·
Membela kaum wanita
yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan
agama Allah.
·
Isteri tidak dapat
melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.
Masih adakah lelaki yang berlaku adil dalam marcaparda ini? Secara
mutlaknya.. Saya tidak bersetuju Lelaki yang berpoligami..
Diri sendiri terumbang ambing masih mahu nak bernikah lebih dari satu..
Perkejaan entah kemana.. Lagi satu.. Kepada si kaum hawa.. Sudah tahu yang si
suami itu sudah berkahwin masih mahu kahwin? Adakah kerana cinta atau sex? Marilah, Kaum Hawa..
Jangan makan janji manis Sang lelaki yang bertopengkan syaitan.. Mereka berpoligami atas cinta? Wujudkah cinta bila anak sudah 2
3? Apakah
berpoligami pada zaman sekarang atas dasar cinta atau sex?
ProfHariz : Berpoligami? Takpe dah jodoh nak buat
macam mana? Come on la beb!Jodoh? Jodoh
kerana nafsu ke?