Translate

Memaparkan catatan dengan label Pencerian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pencerian. Papar semua catatan

11/06/2014

ABBY CAKAP TAK SERUPA BIKIN - INILAH PADAHNYA BERDOSA KEPADA SUAMI ?



KUALA LUMPUR: Bekas suami Abby Abadi, Noor Fahran mendedahkan, dia menjadi mangsa penderaan ganas fizikal dan mental yang dilakukan oleh bekas isterinya itu. 
 
Noor Farhan mendedahkan Abby Abadi buat pertama kali mencederakan dirinya sekitar Januari tahun ini apabila mengetahui suaminya ada memberitahu rakan yang mereka sudah tiada hubungan.
 
Abby Abadi khabarnya sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.
 
“Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini,“ kata Noor Farhan dalam laporan mStar Online hari ini.
 
Noor Farhan juga mendedahkan mereka sering bertengkar ketika Abby tidak mempunyai wang.
 
“Setiap kali tidak mempunyai wang dia akan menyerang & mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.
 
“Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan,” tambahnya lagi.
 
“Cukuplah… Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya," jelasnya. 

13/06/2012

PENGIKTIRAFAN JANDA DAN DUDA MENINGKAT DI MALAYSIA ???

Kes cerai meningkat

Image DetailPUTRAJAYA 12 Jun - Kadar peratusan penceraian di kalangan rakyat negara ini yang berumur antara 18 hingga 50 tahun dalam tempoh 2000 hingga 2010 menunjukkan trend peningkatan.

Pengarah Makroekonomi, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Alauddin Anuar berkata, pasangan Islam menyumbang sebanyak 80 peratus kes penceraian dan selebihnya pasangan bukan Islam.

"Sebanyak 0.13 peratus kadar penceraian dicatatkan pada 2000 dan pada 2005 peratus penceraian ini terus meningkat kepada 0.16 peratus.
"Pada 2010 pula, kadar penceraian yang direkodkan adalah sebanyak 0.22 peratus," katanya selepas membentangkan Laporan Kualiti Hidup Malaysia 2011, di sini semalam.

Alauddin berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan peratus penceraian itu adalah disebabkan pasangan tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk berkongsi hidup.

 

08/03/2011

Kelantan catat kes perceraian masih tinggi

KOTA BHARU - Kes penceraian melibatkan pasangan di Kelantan masih menunjukkan trend peningkatan ketiga terbanyak di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar. 

Menurutnya, statistik yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2008 mencatatkan, Kelantan berada di tempat ke tiga dengan jumlah kes sebanyak 1,386, lebih rendah berbanding Kedah 1,561 dan Johor 2,023. 

“Setakat ini kita melihat trend penceraian di negeri ini masih meningkat dan pihak Kerajaan Negeri khususnya menerusi biro Jawatankuasa Wanita Keluarga dan Kesihatan sudah merancang yang terbaik baik,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...