Translate

08/03/2011

Kelantan catat kes perceraian masih tinggi

KOTA BHARU - Kes penceraian melibatkan pasangan di Kelantan masih menunjukkan trend peningkatan ketiga terbanyak di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar. 

Menurutnya, statistik yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2008 mencatatkan, Kelantan berada di tempat ke tiga dengan jumlah kes sebanyak 1,386, lebih rendah berbanding Kedah 1,561 dan Johor 2,023. 

“Setakat ini kita melihat trend penceraian di negeri ini masih meningkat dan pihak Kerajaan Negeri khususnya menerusi biro Jawatankuasa Wanita Keluarga dan Kesihatan sudah merancang yang terbaik baik,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang menjelaskan pada pertengahan tahun ini dijangkakan Buku Panduan Keluarga Mawaddah (yang saling sayang menyayangi) akan diterbitkan sebagai didikan kepada masyarakat. 

“Sebelum ini pun kita sudah mengadakan seminar Penggubalan Dasar Keluarga Mawaddah dan ia masih di dalam proses penelitian. 

“Dengan terhasilkan buku itu nanti ia dapat membantu masyarakat untuk pembentukan keluarga yang baik berteraskan tuntutan Islam,” katanya. 

Beliau bersetuju dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim iaitu peningkatan kes penceraian akibat kurangpenghayatan agama kalangan suami isteri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...