Kes cerai meningkat
Pengarah Makroekonomi, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Alauddin Anuar
berkata, pasangan Islam menyumbang sebanyak 80 peratus kes penceraian
dan selebihnya pasangan bukan Islam.
"Sebanyak 0.13 peratus kadar penceraian dicatatkan pada 2000 dan pada
2005 peratus penceraian ini terus meningkat kepada 0.16 peratus.
"Pada 2010 pula, kadar penceraian yang direkodkan adalah sebanyak
0.22 peratus," katanya selepas membentangkan Laporan Kualiti Hidup
Malaysia 2011, di sini semalam.
Alauddin berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan
peratus penceraian itu adalah disebabkan pasangan tidak mempunyai
persediaan yang cukup untuk berkongsi hidup.