PUTRAJAYA 29 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dalam masa terdekat berhubung kedudukan dan permohonan kuota jemaah haji dari negara ini yang dibimbangi terjejas ekoran isu perhimpunan Berhih 3.0.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, isu tersebut perlu diselesaikan segera kerana kerajaan tidak mahu di saat akhir nanti berlaku kejadian yang tidak diingini.