Translate

31/05/2012

PEMIMPIN PAS HIDUP DIMUKA BUMI SENTIASA MENYUSAHKAN ORANG LAIN DAN SEPERTI BINATANG???


PUTRAJAYA 29 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dalam masa terdekat berhubung kedudukan dan permohonan kuota jemaah haji dari negara ini yang dibimbangi terjejas ekoran isu perhimpunan Berhih 3.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, isu tersebut perlu diselesaikan segera kerana kerajaan tidak mahu di saat akhir nanti berlaku kejadian yang tidak diingini.

"Jika berlaku sesuatu tindakan dari Arab Saudi, akan berlaku masalah pula kerana semua persiapan menunaikan haji tahun ini seperti sewa kapal terbang, hotel dan melantik syarikat yang membekalkan makanan kepada jemaah sudah selesai sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia kali kelapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Sebelum ini, Arab Saudi menghantar nota kepada Wisma Putra melahirkan rasa kecewa dengan tindakan perhimpunan sekumpulan rakyat Malaysia di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

Isu kuota haji timbul kerana kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari negara ini berikutan kejadian itu.

Menurut Jamil Khir, walaupun kerajaan Arab Saudi belum memberikan sebarang reaksi tetapi pihaknya ada meminta penjelasan mengenai isu perhimpunan haram tersebut.

"Rakyat di Syria, Mesir, Tunisia, Libya, Yemen, juga ada masalah, malah lebih besar daripada negara kita tetapi mengapa perlu diterjemahkan kepada demonstrasi di Madinah dan Mekah," katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, Tabung Haji pada minggu ini telah menghantar surat kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi bagi menjelaskan isu perhimpunan haram tersebut.

Mengulas lanjut, katanya, surat itu diwakilkan kepada Pengurus Kanan Jabatan Haji, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman untuk menjelaskan harapan kerajaan agar sekatan dan penggantungan kuota tidak dikenakan oleh Arab Saudi.

Mengulas mengenai muzakarah kali kelapan itu, Jamil Khir berkata, ia memberi fokus kepada topik pelaburan emas yang merupakan satu pelaburan produktif dan mendapat sambutan hangat pada masa kini.

"Kita boleh lihat trend kenaikan emas yang boleh menjangkau sehingga 250 peratus dalam lima tahun terkini menunjukkan komoditi ini merupakan salah satu cabang pelaburan.

"Biarpun begitu orang Islam perlu mengetahui ada garis panduan yang ditetapkan oleh syarak dalam menjalankan aktiviti jual dan beli emas ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap, keputusan muzakarah secara tidak langsung akan menjadi panduan berguna kepada individu yang terlibat dengan pelaburan emas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...