BANGI, 27 April (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil
Khir Baharom mempersoal dan menyifatkan sebagai gimik politik tindakan
pihak-pihak tertentu melancarkan perhimpunan Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah
seperti dilaporkan beberapa blog.
"Soal patut tak patut (buat pelancaran
Bersih) di sana, kena tanya mereka (penganjur)...dan apa matlamat mereka?,"
katanya kepada pemberita selepas melancarkan "Arts Life Islam Festival (ALIF)"
di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.
Difahamkan Masjid Nabawi di
Madinah, dan Masjidilharam di Mekah dijadikan tempat pelancaran Bersih 3.0
itu.
Mengenai ALIF, Jamil Khir berkata ia dapat meningkatkan kefahaman
masyarakat khususnya siswa dan siswi mengenai kesenian Islam.