Translate

Memaparkan catatan dengan label Imigresen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Imigresen. Papar semua catatan

02/12/2014

Sudah tiba masanya: KDN cadang sebat kakitangan Imigresen bersekongkol


PUTRAJAYA 1 Dis. - Selepas mencadangkan hukuman sebat mandatori dikenakan ke atas ejen yang didapati bersalah membawa masuk pekerja asing secara haram ke Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mahu hukuman sama turut dikenakan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen yang bersekongkol dengan ejen berkenaan.

09/03/2014

PASPORT CURI BOLEH LEPAS KAWALAN IMIGRESEN ????

Jabatan Imigresen Disiasat Isu Pasport Curi

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad mengarahkan siasatan terpeinci dijalankan ke atas Jabatan Imigresen berikutan penggunaan pasport curi oleh penumpang misteri bagi menaiki pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu.

Sebelum ini dilaporkan bahawa dua individu masing-masing dari Itali dan Austria yang tersenarai sebagai mangsa yang menaiki pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang didapati hilang dipercayai masih hidup dan tidak menaiki pesawat berkenaan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Itali, tiada rakyatnya menaiki pesawat itu, sebaliknya Luigi Maraldi, 37, disahkan tidak berada di dalam pesawat penumpang tersebut.
Sebuah akhbar Itali, Corriere Della melaporkan bahawa pasport milik Maraldi dipercayai hilang di Thailand pada Ogos lalu.
Sementara itu, seorang warga Austria, Christian Kozel, 30, yang turut dilaporkan menaiki pesawat tersebut, dilaporkan selamat.
Kementerian Luar Austria berkata, Kozel selamat dan mendakwa pasportnya hilang dua tahun lalu di Thailand.

27/08/2011

Pegawai Imigresen khianat Program 6P lapor SPRM

Image Detail

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen tidak akan melindungi pegawainya jika terbukti bertindak hingga menjejaskan integriti dan mengaibkan keseluruhan warga jabatan itu dalam melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (Program 6P). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad, berkata oleh itu, semua pihak diminta melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mempunyai maklumat ada pegawai imigresen yang ‘mengatur’ perancangan di luar. “Pegawai imigresen bekerja siang dan malam bagi menjayakan misi kebangsaan ini, tetapi jika ada segelintir duri dalam daging, marilah kita sama-sama membanterasnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...