Translate

27/08/2011

Pegawai Imigresen khianat Program 6P lapor SPRM

Image Detail

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen tidak akan melindungi pegawainya jika terbukti bertindak hingga menjejaskan integriti dan mengaibkan keseluruhan warga jabatan itu dalam melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (Program 6P). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad, berkata oleh itu, semua pihak diminta melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mempunyai maklumat ada pegawai imigresen yang ‘mengatur’ perancangan di luar. “Pegawai imigresen bekerja siang dan malam bagi menjayakan misi kebangsaan ini, tetapi jika ada segelintir duri dalam daging, marilah kita sama-sama membanterasnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Semalam, Berita Harian melaporkan ada kakitangan jabatan itu bersekongkol dengan ejen luar atau ulat dan mengenakan caj lebih rendah daripada dikenakan syarikat pengurus yang mendaftar pekerja asing dan PATI walaupun jabatan menyediakan perkhidmatan percuma.

Kegiatan itu dikesan SPRM ketika menyiasat proses pelaksanaan program berkenaan dan sudah merangka strategi untuk membanteras kegiatan itu.

Sebelum ini, SPRM memantau kegiatan syarikat pengurus yang dilantik mengendalikan program 6P kerana didapati mengenakan bayaran lebih tinggi daripada yang ditetapkan kerajaan, iaitu RM35 untuk pendaftaran dan RM300 lagi selepas selesai proses pemutihan.

Alias berkata, sepanjang melaksanakan program 6P, jabatan itu memberi perkhidmatan percuma dengan membuka kaunter pendaftaran dan melaksanakan tanggungjawab secara telus.

Beliau juga mengingatkan orang ramai melaporkan kepada SPRM jika ada ejen yang terbabit dalam kegiatan rasuah menerusi program 6P.

Alias juga memberi jaminan pihaknya akan sentiasa bekerjasama rapat dengan SPRM dalam memastikan 6P berjalan lancar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...