Translate

Memaparkan catatan dengan label Cameron Highlands. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cameron Highlands. Papar semua catatan

20/11/2014

Maksud Tersirat: "Saya harap pihak berkepentingan di sana dapat berwaspada mulai sekarang" ?

Imigresen 'Tunggu Masa' Serbu Cameron Highlands ?
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen kini sedang 'menunggu masa' untuk melakukan serbuan terhadap penempatan pendatang asing tanpa izin (Pati) di Cameron Highlands.

Ketua Pengarahnya yang baharu dilantik, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, membasmi pendatang haram akan terus menjadi keutamaan jabatan itu  dan fokus terkini akan diberikan terhadap kumpulan Pati di Cameron Highlands.

"Isu lambakan Pati akan menjadi agenda utama kita dan saya telah pun diberi taklimat mengenainya.

"Di Cameron Highlands, kita ada buat risikan melalui Unit Risikan dan kita pun 'menunggu masa'...saya harap pihak berkepentingan di sana dapat berwaspada mulai sekarang," katanya pada sidang media khas sempena pelantikannya di Kompleks Jabatan Imigresen di sini, Isnin.

16/11/2014

MB PAHANG PERLU LETAK JAWATAN ATAU ????

SPRM gesa Pahang ambil tindakan tangani pencerobohan tanah Cameron Highlands
Mungkin sudah terlalu lama memegang jawatan MB Pahang... tak kan lah tidak tahu apa yang berlaku di Cameron Highlands ???

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan supaya kerajaan negeri Pahang mengambil tindakan bersepadu bersama agensi berkaitan dalam menangani isu pencerobohan tanah kerajaan secara haram di Cameron Highlands.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata dengan cara itu usaha kerajaan negeri memburu pihak-pihak yang terlibat dalam isu tersebut akan lebih berkesan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...