Translate

Memaparkan catatan dengan label MB Pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MB Pahang. Papar semua catatan

07/01/2016

JAWAPAN YANG TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH RAKYAT

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa terdapat rakyat negeri itu yang mahu industri perlombongan bauksit diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, tiada pampasan dituntut oleh rakyat Pahang kepada kerajaan negeri seperti disarankan Persatuan Pengguna Pulau Pinang sebelum ini.

"Bauksit tiada di Pulau Pinang, tetapi di Pahang. Rakyat Kuantan tidak minta (pampasan), kita tahu apa yang kita buat.

"Hendak minta (pampasan) apa dia? Awak (wartawan) tahu, ada rakyat yang minta bauksit diteruskan," katanya dalam sidang media, hari ini.

16/11/2014

MB PAHANG PERLU LETAK JAWATAN ATAU ????

SPRM gesa Pahang ambil tindakan tangani pencerobohan tanah Cameron Highlands
Mungkin sudah terlalu lama memegang jawatan MB Pahang... tak kan lah tidak tahu apa yang berlaku di Cameron Highlands ???

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan supaya kerajaan negeri Pahang mengambil tindakan bersepadu bersama agensi berkaitan dalam menangani isu pencerobohan tanah kerajaan secara haram di Cameron Highlands.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata dengan cara itu usaha kerajaan negeri memburu pihak-pihak yang terlibat dalam isu tersebut akan lebih berkesan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...