Translate

Memaparkan catatan dengan label #Pakatan Harapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #Pakatan Harapan. Papar semua catatan

09/12/2018

#ICERD: PH JANGAN CUBA2 BERMAIN API !!

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, DATUK SERI ABDUL HADI AWANG MEMBERI AMARAN KEPADA PH agar tidak membawa Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ke Parlimen untuk diluluskan.
Menurutnya, jika perkara tersebut berlaku, pihaknya akan mengerahkan jutaan rakyat di jalan raya untuk menentangnya.
“Mereka (PH) mendapat majoriti mudah (dalam PRU14), mereka berani membawa ICERD. Tapi, kami ahli Parlimen akan bersuara sekiranya kamu berani bawa ke Parlimen. Kami akan kerah jutaan rakyat ke jalan raya,” katanya ketika berucap dalam Himpunan ICERD, hari ini.
Beliau mendakwa, PH mahu merungkaikan kontrak sosial, asas perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan dan hak Melayu serta Bumiputera.
“Kontrak sosial lebih baik daripada ICERD. Kita lebih berbudaya daripada negara Barat yang lebih menghormati hak binatang daripada manusia.
“Di Barat ada orang tua dijaga oleh anjing, Di sini (Malaysia) tidak berlaku, tapi mereka berani bawa ICERD ini. MENTANG-MENTANGLAH DAPAT MAJORITI MUDAH,” katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, orang Islam yang menempa sejarah dengan ORANG MELAYU IALAH KAUM AWAL DATANG KE NEGARA INI.
“Islam datang ke sini dengan damai. Dengan peniaga mengajar kita berakhlak mulia. Walaupun Islam mengajar berakhlak mulia, tetapi mesti menjadi BANGSA BERJATI DIRI DAN PUNYA KEHEBATAN YANG TIDAK TUNDUK PADA KEHINAAN,” katanya.
Beliau turut menyingkap sejarah perjuangan orang Islam di negara ini sejak 1511  dalam menentang penjajahan Portugis.
“Mereka TIDAK TAKUT DENGAN SENJATA musuh yang pelbagai. Bahkan pejuang-pejuang Islam termasuk ulama antara yang menentang penjajah sehingga akhir Perang Dunia Kedua dan mendapat kemerdekaan.
Rujukan: KLIK DISINI

31/07/2018

#JANJI PH: HARGA MINYAK PETROL TURUN SERTA MERTA

29/05/2018

PENGERUSI PPBM TERENGGANU GUNA PERKATAAN “HERO” PADA RAFIZI ???

“TAK PAYAH TUNJUK HERO”. (perkataan yang tidak sesuai dipanggil kepada seorang pemimpin dan sesuai untuk filem Hollywood).  Itu reaksi Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menurut Razali, kemenangan PH sebahagian besarnya berikutan percaturan bijak Dr Mahathir merangka strategi, bukannya hasil kajian Invoke Malaysia (INVOKE).
Sambil menyifatkan kenyataan sensasi Rafizi itu bersifat peribadi dan boleh memecah-belahkan PH, beliau berkata sekarang bukan masa memperlekehkan sesiapa, sebaliknya mengambil peluang untuk membina semula negara.
Katanya, Rafizi mengambil jalan ke belakang dengan mencipta krisis dalaman antara komponen PH.
“Antara strategi ampuh yang disusun Tun M ialah bertanding menggunakan satu logo, mengumumkan Perdana Menteri dan timbalannya seandainya PH menang serta menyelesaikan isu pembahagian kerusi.
“Kalau ikut kajian INVOKE, PAS tak dapat satu kerusi pun di Terengganu dan Kelantan tapi apa yang berlaku, PAS menang dua pertiga sekali gus membuktikan kajian itu tidak tepat,” katanya dalam kenyataan media di Kuala Terengganu, hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...