KUALA LUMPUR - Presiden Pas, DATUK SERI ABDUL HADI AWANG MEMBERI AMARAN
KEPADA PH agar tidak membawa Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ke
Parlimen untuk diluluskan.
Menurutnya, jika perkara tersebut
berlaku, pihaknya akan mengerahkan jutaan rakyat di jalan raya untuk
menentangnya.
“Mereka (PH) mendapat majoriti mudah
(dalam PRU14), mereka berani membawa ICERD. Tapi, kami ahli Parlimen akan
bersuara sekiranya kamu berani bawa ke Parlimen. Kami akan kerah jutaan rakyat
ke jalan raya,” katanya ketika berucap dalam Himpunan ICERD, hari ini.
Beliau mendakwa, PH mahu merungkaikan
kontrak sosial, asas perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan dan hak
Melayu serta Bumiputera.
“Kontrak sosial lebih baik daripada
ICERD. Kita lebih berbudaya daripada negara Barat yang lebih menghormati hak
binatang daripada manusia.
“Di Barat ada orang tua dijaga oleh
anjing, Di sini (Malaysia) tidak berlaku, tapi mereka berani bawa ICERD ini. MENTANG-MENTANGLAH DAPAT MAJORITI MUDAH,” katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata,
orang Islam yang menempa sejarah dengan ORANG MELAYU IALAH KAUM AWAL DATANG KE NEGARA INI.
“Islam datang ke sini dengan damai.
Dengan peniaga mengajar kita berakhlak mulia. Walaupun Islam mengajar berakhlak
mulia, tetapi mesti menjadi BANGSA
BERJATI DIRI DAN PUNYA KEHEBATAN YANG TIDAK TUNDUK PADA KEHINAAN,” katanya.
Beliau turut menyingkap sejarah
perjuangan orang Islam di negara ini sejak 1511 dalam menentang penjajahan
Portugis.
“Mereka TIDAK TAKUT DENGAN SENJATA musuh
yang pelbagai. Bahkan pejuang-pejuang Islam termasuk ulama antara yang
menentang penjajah sehingga akhir Perang Dunia Kedua dan mendapat kemerdekaan.
Rujukan: KLIK DISINI