Translate

01/06/2023

SALAHGUNA KUASA MB TERENGGANU: JUAL TANAH KERAJAAN BERNILAI RM 29.3 JUTA

TANAH STRATEGIK DI KAWASAN BANDAR dan berkepentingan rakyat seluas 11,299 meter persegi di Batas Baru bernilai RM29.3 juta ‘dijual’ kepada isteri wakil rakyat PAS dengan hanya RM500 ribu.

KEPUTUSAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ITU DIBUAT OLEH MENTERI BESAR, DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk faedah dan kepentingan isteri-isteri mereka.

Rekod Pendaftar Tanah Kuala Terengganu mencatatkan, terdapat dua PIHAK YANG TIDAK BERSETUJU tanah itu diserahkan kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Isteri Wakil Rakyat PAS Terengganu atau singkatannya Khairunnisa.

PERTAMA, PENDAFTAR TANAH KUALA TERENGGANU PADA 10 FEBRUARI 2019 MENYATAKAN TIDAK MEMBERI PERTIMBANGAN kepada permohonan isteri wakil rakyat PAS kerana tanah tersebut telah dibuat pengambilan balik pada tahun 2005 dalam diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 21 Jun 2006 bagi tujuan disimpan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara bagi maksud tujuan awam dan diwartakan pada 28 April 2011

Untuk rekod, tanah tersebut pernah diberikan kepada Koperasi Insaf Terengganu Berhad (Koinsaf) milik pemimpin PAS Terengganu pada tahun 2003 iaitu ketika Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu. Koinsaf ditubuh pada 29 Disember 2021 dan dipengerusikan oleh Bendahari PAS Kemaman, Roslin Abdul Rahman. Setiausaha Politik Abdul Hadi Awang ketika itu, Hussain Ismail adalah Ahli Lembaga Pengarah Koinsaf.

Tanah yang pernah menjadi tapak mahkamah syariah dan pejabat kerajaan itu diberi kepada koperasi milik pemimpin PAS Terengganu dengan bayaran premium RM340 ribu. Memandangkan kedudukan tanah itu yang strategik dan berkepentingan rakyat, kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional pada 2005 terpaksa membuat pengambilan balik tanah tersebut. Kerajaan negeri ketika itu terpaksa membayar kepada Koinsaf sebanyak RM8.06 juta, iaitu nilaian semasa tanah tersebut. Dengan pembayaran itu, Koinsaf dan pemimpin PAS Terengganu telah menerima ‘keuntungan’ sekitar RM7 juta.

KEDUA, MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU menerusi surat bertarikh 14 Julai 2019 juga TIDAK menyokong permohonan isteri wakil rakyat PAS itu.

‘Conflict of interest’ dalam perkara ini ialah; ‘Menteri Besar dan Ahli Exco’ selaku pembuat keputusan telah meluluskan permohonan ‘Isteri Menteri Besar dan isteri Ahli Exco’ untuk memiliki tanah kerajaan negeri yang bernilai tinggi.

KHAIRUNNISA YANG DIPENGERUSIKAN OLEH ISTERI MENTERI BESAR, Puan Seri Faizah binti Tuan Ab Rahman Tuan Abd Rahman telah didaftarkan di alamat Pejabat PAS Terengganu iaitu No. 33, Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.

Tanah itu berada di lokasi strategik dalam kawasan pusat bandar Kuala Terengganu dengan jarak 500 meter dari Wisma Darul Iman dan ‘berjiran’ dengan Ibu Pejabat Polis Terengganu, Hospital Pakar Salam dan Menara Yayasan Islam.

Paling ‘strategik’, tanah itu terletak kira-kira 100 meter dari Pejabat PAS Terengganu dan sesuai untuk dibangunkan sebuah kompleks pentadbiran PAS Terengganu.

Kini, ia dinamakan sebagai ‘Dataran Khairunnisa’.

Surat daripada Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Terengganu bertarikh 18 Julai 2019 mengesahkan nilaian pasaran terbuka tanah tersebut ialah RM29,370,000.

Atas konflik kepentingan ‘kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar’ dan ‘persatuan pimpinan isteri Menteri Besar’, bayaran premium yang sepatutnya dikenakan ialah sebanyak RM5.87 juta ‘dikurangkan’ kepada RM500 ribu sahaja.

Merujuk dokumen Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar (Borang 5A, Seksyen 81 dan 82) daripada Pentadbir Tanah Kuala Terengganu bertarikh 9 Ogos 2020, jumlah premium yang dikenakan ialah sebanyak RM5,874,000.

Namun, di atas konflik kepentingan antara Menteri Besar dan isteri Menteri Besar, Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar (Borang 5A, Seksyen 81 dan 82) kali kedua daripada Pentadbir Tanah Kuala Terengganu bertarikh 4 Januari 2021, jumlah premium yang dikenakan ialah hanya RM500,000.

Sumber: Terengganu Coverage

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...