Translate

10/02/2023

SUDAH BOLEH TANGGAL CUKAI JALAN DI CERMIN KENDERAAN MULAI HARI INI


Putrajaya: Pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, warga negara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar MyJPJ yang dilaksanakan di bawah satu projek perintis secara dalaman.

Ini selaras dengan pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh Kementerian Pengangkutan, tambahnya.

Beliau berkata, selaras pengumuman pagi ini, peruntukan bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mengkehendaki setiap LKM dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan tidak lagi dikuatkuasakan bagi kategori pemilik bawah fasa pertama itu.

"Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan FASA PERTAMA membabitkan kenderaan persendirian individu, termasuk motosikal (warganegara), mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum kiasan pelaksanaannya ke fasa seterusnya," katanya pada sidang media hari ini.


KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...