Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Thailand bakal menjadi NEGARA PERTAMA DI DUNIA yang akan mengisytiharkan kontrak mereka dengan Pfizer sebagai TIDAK SAH.
Ini merujuk kepada Program Eksperimental Vaksinasi Covid 19 yang dipromosi ke seluruh dunia oleh syarikat farmasi gergasi Pfizer.
INI KERANA SUNTIKAN VAKSIN COVID 19 PFIZER TELAH MENYEBABKAN ANAKANDA RAJA THAILAND IAITU PUTERI BAJRAKITIYABHA BERADA DALAM KEADAAN KOMA SEHINGGA KE HARI INI.
Kini kerajaan Thailand sedang berusaha untuk memutuskan hubungan mereka dengan Pfizer.
Di Malaysia, saya antara orang yang paling awal mengkritik keras KERAJAAN PN KERANA TELAH MENGGUNAKAN KAEDAH YANG SALAH DALAM MENANGANI PANDEMIK COVID 19.
Saya juga adalah antara orang yang paling lantang menentang Program Eksperimental Vaksinasi Negara.
Ini kerana Program Eksperimental Vaksinasi Negara adalah satu PROGRAM YANG SANGAT MERBAHAYA DAN JELAS BERTENTANGAN DENGAN NUREMBERG CODE.
Sehingga ke hari ini saya tetap mengatakan bahawa KERAJAAN PN ADALAH KERAJAAN PENJENAYAH kerana melakukan jenayah kemanusiaan terhadap seluruh rakyat Malaysia.
Sebab itu saya sentiasa mendesak agar Program Eksperimental Vaksinasi Negara disiasat secara khusus dan terperinci.
PEMBOHONGAN DAN PENGKHIANATAN TERHADAP RAKYAT DAN NEGARA INI PERLU DISIASAT DAN DIBONGKAR.
Para pemain utamanya perlu dibawa ke muka pengadilan untuk dihukum atas jenayah yang telah mereka lakukan terhadap rakyat dan negara ini.
Kesan dari menggunakan kaedah yang salah dalam menangani Pandemik Covid 19 telah menyebabkan ekonomi rakyat dan negara hancur.
Perjanjian pembelian vaksin Covid 19 juga perlu dibentangkan di Dewan Rakyat dan didedahkan kepada umum.
Ini kerana kehidupan seluruh rakyat Malaysia telah terkesan akibat Pandemik Covid 19 dan Program Eksperimental Vaksinasi Negara.
Kita sedang berada dalam era Islah dan Tajdid. Kita harus memulakan langkah kita untuk membina Malaysia Madani dengan cara yang betul dan tepat.
Malaysia Madani tidak harus sekadar menjadi retorika politik semata-mata.
Adalah menjadi kewajipan kita bersama agar ia dapat diterjemahkan menjadi sebuah realiti.
Ini wawasan Kerajaan Tuanku. Bukan Kerajaan Rakyat.
Madani harus bermula dari dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.
*Tumpuan harus diberikan ke arah membina ekonomi model baru dan meningkatkan pendapatan rakyat melalui ilmu dan kemahiran baru dengan bersandarkan kepada teknologi terkini.*
Dan ini harus dimulakan dengan merombak Sistem Pendidikan Negara yang sudah ketinggalan zaman.
*Al Fakir Ilallah*
- Dato' Dr Ramalan Yunus
Penganalisis Politik Dan Ekonomi Bebas
6 Februari 2023