Judicial Review kes SRC Datuk Seri Najib akan bersambung semula 9 hari lagi - 20 & 22 Februari 2023.
Review kes tidak akan melihat merit kes sebaliknya melihat proses kes samada kes tersebut mengikut proses keadilan yang betul.
Jika didapati KES DATUK SERI NAJIB TIDAK MENGIKUT PROSES YANG BETUL, maka kes ini akan dibatalkan untuk didengar semula di Mahkamah Tinggi atau melalui semula proses rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan atau terus diklasifikasikan sebagai mistrial.
DI DALAM KETIGA-TIGA KEADAAN, DATUK SERI NAJIB AKAN DIBEBASKAN.
Hujah utama pasukan pembelaan ialah bagaimana Mahkamah menafikan hak Datuk Seri Najib untuk menukar peguam kerana ia adalah bertentangan dengan pekeliling rasmi Mahkamah yang masih berkuatkuasa.
Mahkamah dilihat melanggar pekeliling mereka sendiri semata-mata untuk segera memenjarakan Datuk Seri Najib.
Oleh kerana itu, pasukan pembelaan berhujah bahawa proses keadilan tidak dijalankan dengan sempurna dalam kes Datuk Seri Najib.
Justeru, jika panel Judicial review bersetuju mengakui khilaf ini, maka Datuk Seri Najib perlu dibebaskan dan dibicara semula dengan seadilnya.