Translate

23/02/2023

#SKANDAL JANAWIBAWA: LELAKI DAKWA SPRM TAWAR RM10 JUTA KEPADA WAN SAIFUL DITAHAN


Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) SUDAH MENAHAN INDIVIDU YANG MEMBUAT TUDUHAN BAHAWA SPRM MENAWARKAN RM10 JUTA kepada Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, individu itu ditahan selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di sini, 3.30 petang semalam.

"Kita buat laporan dan buka siasatan terhadap orang ini. Semalam SPRM menahannya.

"Walaupun saya tahu dia telah membuat permohonan maaf dalam Facebooknya, namun demikian ini satu perkara yang saya tegaskan sekali lagi saya secara peribadi tidak ampunkan orang begini yang merosakkan reputasi SPRM dengan membuat tuduhan liar.

"Kalau hendak cakap secara jujurnya, mana hendak cari RM10 juta dan beri kepada Wan Saiful. Akibat daripada kenyataan itu dia telah menimbulkan satu spekulasi yang amat tidak baik kepada SPRM dan benda ini tidak boleh dipadamkan, ada yang masih percaya wujud perkara itu.

"Jadi minta maaf itu saya rasa satu perkara yang sengaja dipermain-mainkan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Azam berkata, lelaki itu akan DISIASAT MENGIKUT SEKSYEN 48 AKTA SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan berkaitan projek Jana Wibawa.

Sebelum ini video 44 saat tersebar di Twitter memaparkan seorang lelaki mendakwa RM10 juta ditawarkan SPRM supaya Wan Saiful, 48, menukar kenyataannya dengan mengatakan bahawa beliau menerima arahan daripada Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU untuk menerima wang rasuah.

Selasa lalu, Wan Saiful dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...