Translate

Memaparkan catatan dengan label Berita Palsu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Palsu. Papar semua catatan

23/02/2023

#SKANDAL JANAWIBAWA: LELAKI DAKWA SPRM TAWAR RM10 JUTA KEPADA WAN SAIFUL DITAHAN


Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) SUDAH MENAHAN INDIVIDU YANG MEMBUAT TUDUHAN BAHAWA SPRM MENAWARKAN RM10 JUTA kepada Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, individu itu ditahan selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di sini, 3.30 petang semalam.

"Kita buat laporan dan buka siasatan terhadap orang ini. Semalam SPRM menahannya.

"Walaupun saya tahu dia telah membuat permohonan maaf dalam Facebooknya, namun demikian ini satu perkara yang saya tegaskan sekali lagi saya secara peribadi tidak ampunkan orang begini yang merosakkan reputasi SPRM dengan membuat tuduhan liar.

"Kalau hendak cakap secara jujurnya, mana hendak cari RM10 juta dan beri kepada Wan Saiful. Akibat daripada kenyataan itu dia telah menimbulkan satu spekulasi yang amat tidak baik kepada SPRM dan benda ini tidak boleh dipadamkan, ada yang masih percaya wujud perkara itu.

"Jadi minta maaf itu saya rasa satu perkara yang sengaja dipermain-mainkan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Azam berkata, lelaki itu akan DISIASAT MENGIKUT SEKSYEN 48 AKTA SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan berkaitan projek Jana Wibawa.

Sebelum ini video 44 saat tersebar di Twitter memaparkan seorang lelaki mendakwa RM10 juta ditawarkan SPRM supaya Wan Saiful, 48, menukar kenyataannya dengan mengatakan bahawa beliau menerima arahan daripada Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU untuk menerima wang rasuah.

Selasa lalu, Wan Saiful dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

 

10/04/2020

#COVID-19: AHLI PARLIMEN SEBAR BERITA PALSU DISIASAT: AYOB KHAN

JOHOR BAHRU - Polis Johor sudah membuka siasatan terhadap seorang Ahli Parlimen dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang MENYEBARKAN BERITA PALSU di sini malam tadi.

Ia mendakwa situasi di luar kawalan berlaku apabila ribuan pekerja Malaysia di Singapura bersesak-sesak untuk pulang di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, SEKIRANYA BENAR TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL TANPA MENGIRA STATUS MEREKA kerana perbuatan tersebut tidak bertanggungjawab dan menimbulkan kegusaran awam.

"Laporan mengenai isu ini sudah dibuat oleh Pengarah Imigresen Negeri Johor, Baharuddin Tahir di Balai Polis Larkin jam 11.30 pagi tadi dan siasatan diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terklas Bukit Aman.

"KITA TIDAK ADA DUA UNDANG-UNDANG, SATU UNTUK ORANG AWAM DAN SATU LAGI UNTUK AHLI PARLIMEN. Semua orang adalah sama dan jika melakukan kesalahan akan disiasat di bawah undang-undang yang sama," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) Johor di sini hari ini.


Menerusi akaun Facebook milik Ahli Parlimen berkenaan kira-kira jam11 malam tadi, disiarkan video dengan durasi 1 minit 4 saat menunjukkan orang ramai bersesak-sesak di bangunan tersebut sebelum menjadi viral dalam media sosial.

Di samping video yang dimuat naik itu, Ahli Parlimen itu meletakkan kapsyen: "Sedang berlaku di CIQ JB, situasi di luar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapura cuba balik ke Malaysia secara beramai-ramai. Harap adalah hotel lima bintang untuk quarantine mereka."

Ayob Khan berkata, siasatan juga akan dilakukan adakah dakwaan itu benar-benar daripada Facebook Ahli Parlimen berkenaan atau pun daripada akaun Facebook palsu, tetapi menggunakan nama wakil rakyat tersebut.

Katanya, siasatan mendapati video berkenaan merupakan visual pada tahun lalu semasa latihan kebakaran dilakukan di bangunan berkenaan.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian," katanya.

Dalam pada itu, semakan di akaun Facebook milik Ahli Parlimen tersebut pada petang ini mendapati wakil rakyat dari Pahang itu sudah pun membuat permohonan maaf dalam status terbaharunya.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...