Translate

23/01/2023

PEGAWAI, ANGGOTA POLIS ANTARA YANG DITAHAN TERLIBAT PERTUBUHAN HARAM


KUALA TERENGGANU:
Beberapa individu termasuk pegawai dan anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam sebuah PERTUBUHAN HARAM, DI SEKITAR DUNGUN, Jumaat lepas.

Menurut sumber tangkapan kesemua suspek dilakukan menerusi OP SELENDANG oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dengan kerjasama PDRM Terengganu.

Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah SEKSYEN 43 AKTA PERTUBUHAN 1966.

Difahamkan pertubuhan haram itu mulai aktif di daerah Dungun mulai 2021.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan sidang media mengenai perkara itu akan diadakan oleh pihak Bukit Aman setelah siasatan selesai.

KLIK DISINI

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...