PETALING JAYA: Bekas menteri Wilayah
Persekutuan, KHALID
SAMAD @ LID @ COLID
berkata, beliau
melantik bekas setiausaha politiknya menganggotai lembaga penasihat Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana pengalaman Azli Yusuf sebagai ahli Majlis
Bandaraya Shah Alam selama 2 penggal.
“Ianya jawatan bukan eksekutif dan
hanya berfungsi menasihati datuk bandar dalam isu-isu dasar. Lembaga tersebut
tidak memberi kelulusan untuk apa-apa permohonan,” katanya kepada FMT hari ini.
Azli
kini ditahan polis dalam siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penipuan.
Khalid berkata demikian sebagai
menjawab soalan bekas perdana menteri, Najib Razak yang mahu beliau mengesahkan
jika Azli ialah ahli lembaga penasihat DBKL dan jika beliau yang melantiknya.
“Adakah DIA JUGA KETUA AMANAH BAHAGIAN SHAH ALAM?
“Lid
ahli Parlimen kawasan mana?” soalnya merujuk Khalid.
Khalid
ialah ahli Parlimen Shah Alam dan pengarah komunikasi Amanah.
Beliau mengesahkan Azli ialah ketua
Amanah Bahagian Shah Alam, jawatan yang dipegang Azli sejak 2015 dan merupakan
pimpinan pelapis yang akan menggantikannya kelak.
Katanya, Azli ialah lulusan
kejuruteraan sebuah universiti di Amerika Syarikat dan beliau percaya bekas
pembantunya itu boleh menasihatkan datuk bandar dalam pelbagai isu, berdasarkan
pengalaman serta pengetahuannya.
Najib dalam catatan di Facebooknya
turut bertanya: “Apa
maksud broker?”
Beliau merujuk kenyataan Khalid semalam
yang Azli menjadi mangsa seorang broker yang menjual nama bekas pembantunya
ketika berurusan dengan sebuah syarikat arkitek.
Khalid dilaporkan berkata, syarikat itu
diberikan perintah pembangunan (DO) palsu oleh broker terbabit yang menerima
bayaran selepas menjaja nama Azli.
Ketika menjawab soalan Najib, Khalid
mengkritik pembabitan Najib dalam skandal 1MDB dan ahli perniagaan buruan, Low
Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low.
Jho Low diburu pihak berkuasa atas
peranannya dalam skandal 1MDB, di mana Najib dibicarakan atas pertuduhan
jenayah.
“Maksud broker adalah orang seperti Jho
Low,” kata Khalid.
“Hanya dalam kes ini, broker itu dakwa
dia wakili Hj Azli. Tetapi ianya tak benar, bukan seperti kes Jho Low dan
Jibby.
“Takkan Jib tak tahu. Jib dikatakan
banyak gunakan khidmat beliau untuk bantu orang Melayu, khususnya di Parlimen
Pekan.”
Khalid berkata, beliau mewakili Shah
Alam, sebuah kawasan dengan 80% pengundi Melayu yang memilihnya dengan majoriti
lebih 30,000 undi.
“Shah Alam ialah kawasan Melayu
terpelajar dan mereka inginkan wakil dan kepimpinan yang bebas rasuah.”
Rujukan: KLIK DISINI DAN TERUSKAN MEMBACA