Translate

21/05/2020

JIKA HATI DAH BUSUK, TETAP MEMBUSUK BUKAN JIWA ORANG ISLAM

MASIH TAK SEDAR DIRI?????
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad ditempelak susulan kenyataannya yang menyifatkan beliau sudah jadi Perdana Menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), jika mahu mengkhianati mandat rakyat.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata ia susulan tindakan bekas Perdana Menteri itu yang mendorong mana-mana Ahli Parlimen lompat parti bagi memperkukuhkan kedudukannya, sebelum ini.
"BUKANKAH SUDAH LAMA TUN (DR MAHATHIR) MENDORONG WAKIL RAKYAT UNTUK 'KHIANATI MANDAT RAKYAT' DENGAN LOMPAT PARTI BAGI MEMPERKUATKAN KEDUDUKAN TUN?
"Gabungan Ahli Parlimen yang menyokong pelantikan Perdana Menteri Kelapan (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengisi kekosongan akibat ditinggalkan Perdana Menteri Ketujuh (Dr Mahathir).
"Ia adalah dalam kerangka menunaikan mandat rakyat, duduk dan tidak lari," katanya dalam kenyataan ringkas dimuat naik dalam ciapan di laman Twitter, hari ini.
Semalam, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mendakwa bahawa rakaman audio dikaitkan dengan dirinya yang tersebar di media sosial kelmarin adalah hasil suntingan dan berniat jahat. (TAK  MENGAKU JUGAK)
Dr Mahathir mendakwa, beliau sudah mengkhianati mandat rakyat ketika dicalonkan sebagai Perdana Menteri Kerajaan PN, jika mahu melakukannya.
Kelmarin, satu lagi klip audio dikaitkan dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 23 Februari lalu, tular di media sosial, menggambarkan suara dikatakan milik Dr Mahathir bersetuju supaya parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).
Sebelum ini, klip audio individu dengan suara mirip Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU memaklumkan supaya memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir untuk menentukan kedudukan parti itu dalam PH, juga tular di media sosial.
Ia disusuli klip audio kedua yang merakamkan suara mirip Dr Mahathir meminta mesyuarat tidak memaksanya untuk mungkir janji bagi meletakkan jawatan.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...