KONONNYA
BERLAKU PENINDASAN
TERHADAP KAUM INDIA, dipaksa masuk Islam, tidak diberi kewarganegaraan, serta kuil-kuil diroboh
Ada yang cuba nafikan tapi
Martha Moorthy memang hadir dialog anjuran Northern Ireland
Council for Racial Equality (NICRE) di Parlimen Northern Ireland, UK.
Kita boleh rujuk Facebook NICRE.
Beliau ke sana dengan beberapa
pegawai kementerian.
Foto 1 jelas satu pembohongan tentang kaum India di Malaysia! Kononnya
kaum India ditindas, dipaksa masuk Islam, tidak diberi kewarganegaraan dan
pelbagai lagi pembohongan yang berbau perkauman.
Saya merujuk kenyataan Facebook
ini:
KITA TUNTUT
KERAJAAN PH DAN MOORTHY JAWAB KESAHIHAN ISU INI DENGAN SEGERA.
1. Bagaimanakah seorang yang
berjawatan Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial boleh membiarkan
pembohongan jijik itu disebarkan semasa dialognya?
2. Kenapa beliau sendiri tidak menafikan
kandungan dalam pamphlet itu?
3. Apa yang dibuat oleh pegawai-pegawai
kementerian yang turut hadir ketika itu? Ternganga dan hanya mahu makan angin?
MALANGNYA, TIADA PIHAK MEDIA
YANG HIGHLIGHT-KAN TENTANG PEMBOHONGAN INI DAN MOORTHY TERLEPAS BEGITU SAHAJA!