Translate

24/01/2020

TERENGGANU KEKALKAN KHIDMAT MPKK

Sebanyak 1,046 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Terengganu dikekalkan dan diminta terus berkhidmat kepada rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata kerajaan negeri AKAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAN SENDIRI bagi menyalurkan geran dan elaun kepada ahli jawatankuasa MPKK selepas KERAJAAN PERSEKUTUAN MENAMATKAN PEMBERIAN itu.
“Langkah itu perlu dilaksanakan bagi memastikan MPKK lantikan kerajaan negeri terus berfungsi dengan agihan jumlah peruntukan yang sama iaitu RM10,000 bagi setiap MPKK.
“Pada masa sama, pembayaran elaun kepada semua jawatankuasa MPKK juga tidak akan terjejas dengan tindakan terbaru Kerajaan Persekutuan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Azman berkata, sebelum ini kerajaan negeri memperuntukkan dana berjumlah RM27 juta, manakala baki RM13 juta adalah sumbangan Kerajaan Persekutuan untuk pembayaran elaun jawatankuasa MPKK.
“Disebabkan tindakan Kerajaan Persekutuan menghentikan penyaluran dana, kerajaan negeri akan menampung bakinya dengan menjadikan jumlah keseluruhan ditanggung kerajaan negeri adalah sebanyak RM40 juta,” katanya.
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar menghentikan pemberian geran dan pembayaran elaun kepada MPKK di lima negeri pembangkang termasuk Terengganu.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan kerajaan Pusat hanya akan membayar elaun kepada MPKK Persekutuan memandangkan ia dikuatkuasakan penubuhan sejak awal bulan lalu.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...