DIRI DAN KELUARGA SENDIRI PUN TAK BOLEH NAK JAGA, MACAM MANA NAK JAGA RAKYAT LEMBAH PANTAI ???
Dua penggal
bergelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar secara
tiba-tiba membuat kejutan apabila beliau hadir MENGEDARKAN
ROTI DAN SAYUR di kawasan
parlimennya setelah sekian lama menyepi.
Menerusi satu kenyataan dari seorang pengundi
Lembah Pantai, sepanjang SEMBILAN TAHUN bergelar wakil rakyat kawasan
berkenaan, jumlah kehadiran Nurul Izzah
di parlimen Lembah Pantai boleh dikira menggunakan dengan jari.
“Selebihnya, jika tidak menghantar wakil, dia akan
menghantar wajahnya yang terpampang di mana-mana banner ataupun bunting supaya
orang-orang di Lembah Pantai tidak melupainya,” ujarnya.
Walaupun tinggal di Segambut yang hanya beberapa
kilometer dari Lembah Pantai, Naib Presiden PKR itu juga tidak turun membela 35
penduduk Kampung Kerinchi yang teraniaya hasil daripada hasutan politiknya
untuk tidak menjual kediaman bagi pembangunan semula flat kediaman usang
kawasan berkenaan.
“Namun,
entah angin apa yang bertiup, akhirnya Nurul Izzah muncul juga membuat bakti di
Lembah Pantai. Itupun apabila sudah SEMAKIN HAMPIR GENDANG PILIHAN RAYA
UMUM KE 14 dikumandangkan.
“Nyata, kehadirannya untuk mengedarkan sebuku roti
dan sedikit sayur buat penduduk di kawasan Pantai Dalam, sedikit sebanyak
“meredakan kerinduan” pengundi-pengundi yang memberikan kuasa untuknya mengaut
puluhan ribu setiap bulan hanya untuk dirinya sahaja,” ujar pengundi berkenaan.
Persoalan ditimbulkan beliau kepada Nurul Izzah,
adakah CUKUP
DENGAN HANYA MEMBERI SEBUKU ROTI boleh meredakan kemarahan
pengundi Lembah Pantai yang diabaikan dan adakah dengan sebuku roti itu juga
dapat mengurangkan kos sara hidup yang didakwa Nurul Izzah selama ini, sangat menekan rakyat?
Kembalinya Nurul Izzah ke Lembah Pantai kata
pengundi berkenaan, mungkin kerana anak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah
Ismail itu baru terjumpa papan arah ke Pantai Dalam atau Lembah Pantai.
“Atau
mungkin juga Nurul Izzah baru teringat bahawa dia adalah Ahli Parlimen Lembah
Pantai. Mungkin juga, Nurul Izzah baru mendapat rezeki terpijak untuk
dikongsikan bersama-sama beberapa orang penduduk di Lembah Pantai,” katanya
sinis.
Jelasnya lagi, Nurul Izzah adalah contoh terbaik
pemimpin Pakatan Harapan yang tidurnya cukup lena, dan hidup senang lenang di
atas perit jerih penyokong yang memberikannya kuasa untuk dipegang.
Nurul Izzah mula menjadi wakil rakyat parlimen
Lembah Pantai semenjak 2009 selepas mengalahkan penyandang kawasan tersebut
yang juga Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
Beliau menang sekali lagi pada 2013 mengalahkan
bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja
Nong Chik Zainal Abidin menerusi kempen fitnah berhubung pembelian tanah di
Bukit Kiara.
Namun, setelah perkara tersebut dibawa ke mahkamah
setahun kemudian, nyata kenyataan Nurul Izzah adalah fitnah dan akhirnya beliau
meminta maaf kerana menjejaskan reputasi Nong Chik.
Sumber: Malaysian Digest