Mangsa yang jatuh ke dalam lubang pembakaran di
kilang haram Sungai Lembu dan meninggal dunia telah
dikenalpasti sebagai Moo Teng Jie, berumur 26 tahun dari Sungai Petani.
Kilang itu tidak mempunyai sistem kawalan
pencemaran dan langkah keselamatan dengan hanya 31 lubang pembakaran terbuka
yang beroperasi 24 jam tetapi dibenarkan beroperasi oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menulis surat
secara khusus untuk mencegah sebarang tindakan bagi menutup kilang haram itu
walaupun dengan amaran dan seruan dari Jabatan Alam Sekitar (DoE), Jabatan
Kesihatan dan Keselamatan serta ADUN PKR – yang menjadikan DAP sebagai pembunuh.
(Sungai
Lembu berada di Permatang Pauh dan kami tertanya-tanya apa yang Ahli Parlimen
nya lakukan selama lebih daripada satu dekad)
Adakah terdapat pampasan dibayar kepada keluarga
mangsa – sama ada oleh pemilik kilang atau kerajaan negeri? Adakah laporan
polis dibuat?
Sekiranya kemalangan maut seperti itu telah
berlaku, kenapa kilang itu tidak dengan segera ditutup?
DAP perlu menjawab sama ada nyawa Moo Teng Jie
adalah kurang berharga berbanding nyawa Teoh Beng Hock?
Selain itu, kita masih ada 11 mangsa kanser
daripada 500 penduduk di sana yang Kerajaan DAP Pulau Pinang mungkin masih
boleh disaman.
Sumber: KLIK DISINI
Sumber: KLIK DISINI