1. Jika
Malaysia tidak bankrap apabila Mahathir melipatgandakan
nisbah Hutang kepada KDNK kita dalam tempoh 5 tahun pertama beliau mengambil
alih sebagai PM daripada 44% pada tahun 1980 melonjak kepada 103.4% pada tahun
1986, bagaimana pula Malaysia akan bankrap apabila nisbah hutang kini adalah
pada 52.7%?
2. Terdapat 80
negara dengan nisbah hutang yang lebih tinggi daripada Malaysia pada 52.7%
termasuk kebanyakan negara Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan
lain-lain . Jika Malaysia bankrap, adakah 79 negara lain dengan nisbah yang
lebih tinggi terlebih akan bankrap dahulu?
3. Mukhriz mengakui di mahkamah baru-baru
ini bahawa anda dan Muhyiddin merancang menjatuhkan Najib seawal tahun 2014
sebelum isu 1MDB meletus. Adakah ini bermakna bahawa Muhyiddin dan Mukhrz telah
dibuang kerana bersekongkol untuk menggulingkan Presiden dan bukannya kerana
mempersoalkan 1MDB?
4. Adakah benar dan anda 4
orang anak anda disenaraikan oleh SSM sebagai
mempunyai kepentingan dan pemilikan dalam 488 syarikat berdaftar? Sekiranya
tidak benar, berapa ratus syarikat yang keluarga anda ada? Berapa nilai
syarikat-syarikat ini?
5. Tun telah berjuang
untuk Melayu dan Islam selama 22 tahun dan akhirnya
anda berjaya menjadikan 3 orang Melayu-Islam antara 10 orang
terkaya di Malaysia pada 2014 dengan anak lelaki anda Mokhzani menjadi
Melayu-Islam kedua terkaya. Adakah anda menganggap ini pencapaian anda yang
dibanggakan?
6. Adalah benar bahawa
beberapa bulan sebelum anda bersara, Kementerian Kewangan di bawah anda telah memberikan
secara terus lesen perjudian sukan monopoli selama 20 tahun kepada Vincent Tan tanpa tender
terbuka dan tanpa memaklumkan kepada kabinet dan hanya pada harga murah RM20
juta sahaja – yang mana Vincent Tan kemudiannya menjual lesen itu beberapa
tahun kemudian pada penilaian RM700 juta?
Selepas itu, taikun
itu telah membelanjakan berjuta-juta Ringgit untuk menganjurkan majlis harijadi untuk anda setiap tahun. Adakah
ini dianggap sebagai rasuah?
7. Mirzan telah membeli Diperdana
Bhd, yang merupakan perniagaan trak kontena ketiga
terbesar di Malaysia daripada Danny Tan (abang Vincent Tan) manakala Mokzani
membeli Hospital Pantai dari Vincent Tan. Berapa banyak syarikat lain yang
dibeli dan dijual di antara anak-anak lelaki anda dan Vincent Tan atau
keluarganya?
8. Ahli Majlis Pimpinan
Tertinggi PPBM,
A Kadir Jasin telah berkata bahawa ketika anda berkuasa, para taikun
terus meminjamkan jet peribadi kepada anda untuk digunakan.
Adakah anda menggunakan jet-jet ini dan ini dianggap sebagai rasuah kerana anda
menerima manfaat? Atau adakah Kadir berbohong?
BANYAK LAGI
SILA BACA DAN NILAIKAN LAH SENDIRI