Ahad, 27 Ogos 2017

#FOREX: AKAUN REZAB BANK NEGARA MALAYSIA SUSUT RM9.3 BILLION

Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an diberitahu, berdasarkan laporan audit, bank pusat itu mengalami penyusutan sejumlah RM9.3 bilion daripada akaun rizab lain pada 31 Disember 1992.

Bekas Pengurus Jabatan Audit Dalam BNM, Wong Yew Sen sebagai saksi keempat dalam suruhanjaya siasatan itu berkata, jumlah itu disebabkan sebanyak RM8.5 bilion akibat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) telah dicaj ke akaun berkenaan.

Yew Sen, 70, yang kini sudah bersara berkata, beliau telah diarah secara lisan untuk menyediakan laporan audit iaitu ‘Audit Report On Foreign Exchange Operation Division Of Banking Department And Processing Section of Accounts Department’ sehingga 31 Disember 1992’.

Beliau tidak menyatakan bahawa tindakan untuk mencajkan kerugian forex ke akaun rizab lain itu betul, namun menurutnya penyata kewangan tersebut telah dikemukakan dan diluluskan Ketua Audit Negara.


“Laporan audit itu turut menyebut, terdapat polisi bertulis BNM ketika itu, tetapi tidak komprehensif,” katanya.

Yew Sen lagi, terdapat commitee yang ditubuhkan dalam bank negara untuk mengawal dan memantau urus niaga mata wang asing yang dibuat bank berkenaan iaitu Jawatankuasa Rizab Luar (ERC).

Sementara itu, menjawab soalan pegawai pengendali, Julia Ibrahim, Yew Sen berkata, ERC menerima pendapat tidak tepat daripada Penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sehingga menyebabkan bank pusat itu mengalami kerugian berbilion ringgit.

Ujarnya, pandangan tersebut didakwa turut dikongsi gabenor dan timbalan gabenor bank tersebut yang ketika itu menganggotai ERC.

Saksi itu berkata, beliau telah menemu bual Nor Mohamed ketika itu manakala segala dokumen berkaitan diperoleh daripada pasukan audit.

Katanya, BNM bagaimanapun menjalankan sistem ‘semak dan imbang’ berkaitan urus niaga mata wang asing, tetapi hanya melibatkan peringkat dealer (pihak yang menjalankan urus niaga sekuriti) dan tidak dinyatakan dengan jelas bagi peringkat ‘timbalan pengurus’ dan ke atas.

Menurutnya, had yang dibenarkan bagi dealers (individu) adalah AS$125 juta kepada secara berkumpulan dan mereka boleh membuat keputusan sendiri untuk berurus niaga atau sebaliknya.

Namun demikian, katanya, bagi chief dealer dan ke atas (management deals) tidak dinyatakan had yang dibenarkan berhubung urus niaga itu.

“Saya tidak mengetahui sama ada penyelarasan dibuat ke atas penyata kewangan tahunan BNM bagi tujuan menutup kerugian bank pusat itu dalam urus niaga forex,’’ ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi saksi yang merupakan bekas peniaga mata wang asing BNM, Fizaman Nor Mohamed Nasir mengakui, beliau pernah menjalankan urus niaga tertinggi forex mencecah AS$800 juta sehari.

Jelasnya, had urus niaga seorang dealer adalah AS$ 30 juta, manakala bagi peringkat management boleh membuat urus niaga melebihi jumlah AS$30 juta, namun menurutnya beliau melakukannya atas arahan Nor Mohamed.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...