Artikel
di bawah ini petikan dari ucapan
Dr Rosli Yaakob bertajuk
“Bank
Negara Forex Scandal: When Government Becomes Speculator.” Pada 2
Jun 2012 2.30 ptg @ Sabtu di Dewan Sri
Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Diantara ucapan terakhir yang menarik adalah:
Kelima: siapakah yang bertangungjawab di atas kerugian?
BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang
asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ
ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham. Beliau menjana kekayaan
melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan
berkata: “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya.”
Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran
pertukaran asing” kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM). Umum mengetahui kedua-dua mereka
rapat, bagaikan isu dengan kuku. Arahan itu dilaksanakan kerana BNM
memiliki seorang Gabenor yang berwatak “Yes Man” bukan macam Tun Ismail Ali
dan Tan Sri Aziz Taha. Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan
Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah – telah berjaya menekan Tan Sri
Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai “Yes Man”
lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.
Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah
tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana
pun mengambil arahan daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan
TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini.
Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa
itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan. Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan
harta BNM di pasaran pertukaran asing.
Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara. Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.
Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara. Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.
Jadi, empat orang adalah orang yang harus
dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM
akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Menteri
Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.
Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai
Menteri Kewangan dalam tahiun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam
perjudian di pasaran. Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam
pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung atau rugi,
semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak
ketiga.
Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta
maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya
daripada Perdana Menteri. Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah
menggunung – “nasi telah menjadi bubur.” Apa yang boleh beliau buat hanyalah
memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.
Beliau “membuang” Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop
dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM
1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga
melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. Larangan
ini berkuatkusa hingga kini.
Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos
yang tinggi atas tindakan beliau itu – difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6
tahun.
Orang yang memberi arahan supaya BNM
berspekulasi di pasaran wang asing adalah TMM dan TDZ dan “kerja kotor”
diserahkan kepada TSJH dan NMY untuk melaksanakannya. Jadi, TSJH dan NMY
mempunyai pelindung. Sebab itu mereka bebas, tidak didakwa langsung.
Keenam, Kenapakah orang yang bertanggungjawab
dibiarkan lepas-bebas?
Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada
Julai 1994, satu hukuman yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau
lakukan terhadap negara. Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar –
kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet.
TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi
dengan segera beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PNB sebagai
habuan. Sejak dari itu, beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media –
dan dua tahun kemudian beliau menginggal dunia akibat penyakit barah.
Perdana Menteri dan TDZ pula tida siapa yang berani
sentuh. Buat penyiasatan mereka tidak mahu. Mereka tidak lut undang-undang.
Ketujuh, kenapakah skandal kerugian pertukaran
asing BNM tidak disiasat?
Ini adalah kerana, pertama, pemimpin tertinggi
negara nampaknya terlibat dan bersekongkol dalam perjudian ini. Kedua,
penyiasataan mungkin mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang
boleh membawa kacau bilau politik kepada golongan berkuasa.
Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (too gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan. Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.
Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (too gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan. Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.
YB Lim Kit Siang telah mencadangan di Parlimen
supaya Suruhanjaya PenyiasatanDiraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian
pertukaran asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan.
Kelapan, patutkah PR (jika memerintah)
menyiasat kembali skandal ini?
Di Mongolia, dua orang bekas Gabenor dan tiga orang
kakitangan bank pusat negara itu telah didakwa dimahkamah atas tuduhan kecuaian
dan melebihi kuasa sehingga menyebabkan kerugian USD90 juta di pasaran
pertukaran asing. TSJH dan NMY telah melakukan kesalahan yang lebih besar
dan menyebabkan kerugian gergasi, maka sudah sewajarnya mereka di bawa ke muka
pengadilan. Mereka mestilah disiasat. Jenayah yang terlibat termasuklah
kecuaian, menyalahgunakan kuasa, memalsukan akaun, memesongkan maklumat, pecah
amanah, konspirasi dan rasuah.
Aktiviti spekulasi yang dibuat sebenarnya berlawan
dengan prinsip-prinsip utama bank pusat. Bank pusat sepatutnya membanteras
spekulasi. Manakan boleh BNM melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di
pasaran matawang asing secara besar-besaran?
Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan
begitu sahaja.Maka wajiblah kerajaan PR menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk
menyiasat skandal ini walaupun ia telah terlewat 20 tahun.
Penulis mengucapkan terima kasih kepada Penang
Institute kerana memberi ruang kepada penulis untuk berkongsi maklumat dengan
orang ramai.
Sekian.
Semoga anda mendapat manfaat dan ilmu dari penulisan ini.Along tidak terikat atas mana-mana parti politik dan lebih selesa berkongsi ilmu yang benar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Wassalam.
Sumber: KLIK DISINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Sekian.
Semoga anda mendapat manfaat dan ilmu dari penulisan ini.Along tidak terikat atas mana-mana parti politik dan lebih selesa berkongsi ilmu yang benar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Wassalam.
Sumber: KLIK DISINI UNTUK ARTIKEL PENUH