Presiden
Amanah, Mohamad
Sabu berkata, membayangkan PRU14, yang bakal
berkunjung tiba dalam masa terdekat menjadi peluang sekali lagi kepada rakyat untuk menolak Umno/BN kali ini.
Katanya, pertembungan kali ini
jelas adalah untuk rakyat Malaysia menolak kerajaan yang dipimpin oleh orang
yang kononnya 'menerima derma' dari Syeikh Arab.
"Penguasaan Umno/BN yang
terlalu lama dalam pentadbiran Malaysia telah menyebabkan mereka terus
bersuka-ria (kleptokrasi). Pelbagai penyelewengan dan manipulasi institusi
penting rakyat berlaku sehingga 'jerung' terus selamat," katanya dalam
satu kenyataan.
Ujarnya lagi, "kita mahu
Melayu selaku kaum terbesar di Malaysia pada hari ini punyai jati diri yang
kuat dengan mengangkat nilai integriti dan seterusnya menolak rasuah serta
perasuah yang memimpin negara ini".
"Hidup Islam! Kita mahu
Islam terus dipertahankan supaya aqidah tidak terpisah dengan akhlak dan tadbir
urus.
"Juga amat mustahak
sekaligus Islam terserlah sebagai Rahmatan Lil A'lamin, yang mana Islam memberi
kasih sayang dan keamanan kepada semua makhluk ciptaan-NYA," katanya lagi.
Sumber: KLIK DISINI