Translate

Memaparkan catatan dengan label Bank Negara Forex Scandal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bank Negara Forex Scandal. Papar semua catatan

24/06/2017

#PANAS: SIAPAKAH YANG BERTANGUNGJAWAB DI ATAS KERUGIAN SKANDAL FOREX BANK NEGARA MALAYSIA 1992-1993

Artikel di bawah ini petikan dari ucapan Dr Rosli Yaakob bertajuk “Bank Negara Forex Scandal: When Government Becomes Speculator.”  Pada 2 Jun 2012 2.30 ptg  @ Sabtu di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Diantara ucapan terakhir yang menarik adalah:

Kelima: siapakah yang bertangungjawab di atas kerugian?

BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham.  Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata: “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya.”

Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran pertukaran asing” kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM).  Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isu dengan kuku.  Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak “Yes Man” bukan macam Tun Ismail Ali  dan Tan Sri Aziz Taha.  Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah – telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai “Yes Man” lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.

Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan  daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan.  Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong  jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. 

Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara.  Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.

Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asingPerdana Menteri, Tun Mahathir MohamadMenteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar  Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...