Jika
mengikut sifir politik Tun Mahathir Mohamad,
PAS perlu memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau dijadikan 'pariah politik' kerana
"makan dedak".
Sehubungan
itu, Pengerusi PPBM itu menegaskan kesediaan partinya menentang PAS jika ia
tidak menyokong gerakan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Beliau
berkata, PH yang merangkumi PKR, DAP dan Amanah harus diberi sokongan penuh
menjatuhkan Najib dan mendakwa parti politik yang enggan turut
serta mungkin sudah termakan 'dedak'.
"Sebab
itu kita akan menentang sesiapa yang tak sertai gerakan jatuhkan Najib,"
kata Mahathir pada Konvensyen kali pertama Pakatan Harapan di IDCC, Shah Alam,
Sabtu lalu.
"Sesiapa
yang menimbulkan masalah dalam PH adalah orang Najib. Mereka sebenarnya
menyokong Najib dan ada besar kemungkinan dapat dedak," kata Dr Mahathir.
Dalam
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar Jun lalu, Dr Mahathir
secara terbuka mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
sudah 'nampak' dedak yang mendorongnya mahu bekerjasama dengan Najib.
Walaupun
Dr Mahathir tidak merujuk kepada PAS mahupun Hadi secara langsung, tetap
kali ini beliau tegas mengatakan pihak yang enggan turut serta
menjatuhkan Najib "menerima dedak atau rasuah".
Sumber: KLIK DISINI
Sumber: KLIK DISINI