Husni Gelabah, Bila Raja Petra Dedah Banyak Kes
Wanita Kena Raba
Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
dilaporkan berada dalam ketakutan apabila penulis politik Raja Petra
Kamarudin mendedahkan mengenai sikapnya yang suka
meraba wanita.
Menurut Raja Petra ekoran pendedahan tersebut, Husni telah mengarahkan
2 orang kakitangannya untuk menghubungi semua wanita yang pernah menjadi
mangsanya dengan menawarkan
mereka wang tunai untuk menutup mulut.
“Husni panik selepas artikel ‘Kenapa
Mahathir dan ANC mesti dihapuskan tanpa belas kasihan’ diterbitkan semalam,
beliau telah mengarahkan 2 orang agen (kakitangan) untuk menghubungi semua
mangsa wanita yang pernah dicabul itu.
“Setiausaha Politik, Shamsul Zairil
Kamaruddin dan Siti Nabilah Omar a.k.a. Bella, yang bertugas di pejabat Husni
sedang menghubungi semua pernah menjadi mangsa ‘raba
punggung dan raba tetek’ untuk meminta mereka menutup mulut. Mereka turut ditawarkan dengan
bayaran wang yang besar untuk menutup mulut,” tulisnya melalui artikel
tersebut.
Paling mengejutkan kes gangguan seksual
yang melibatkan Husni ini melibatkan bukan seorang atau dua tapi beberapa orang
wanita.
Raja Petra turut mendedahkan sikap pelik Husni itu yang suka meramas buah dada dan punggung kakitangannya apabila berbual dengan mereka.
Malah menurut saksi ada dikalangan
wanita tersebut yang trauma untuk berjumpa dengan Husni bagi mengelakkan
perkara semumpama itu berulang.
Persoalannya sekiranya dakwaan tersebut
tidak betul mengapa Husni mengambil pendekatan mendiamkan diri dan yang paling
penting mengapa 2 orang kakitannya itu menghubungi semua mangsa yang terlibat
untuk tutup mulut?
Bukankah tindakan tersebut seperti
mengiyakan semua dakwaan yang dilontarkan oleh Raja Petra itu mempunyai asas
yang kukuh?
Sumber: Balqis Sheikh