Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mencadangkan Ketua
AMK Ampang, Datuk Adam Rosly membuat pengisytiharan harta dalam masa
terdekat.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, ini bagi mengelakkan lebih
banyak spekulasi timbul berhubung kekayaan luar biasa yang didakwa dimiliki Adam.
"Cara paling mudah untuk mengurangkan atau mencegah
penyelewengan dan rasuah ialah ahli politik dan pegawai kerajaan berpangkat
tinggi perlu mengisytiharkan harta setiap tahun. Saya sendiri akan isytihar
harta minggu depan.
"Bagi kes Adam ini, cara paling mudah bukan saja dia tetapi
seluruh parlimen kena ikut saya isytihar harta minggu depan. Lagi cepat Adam
isytihar harta lebih mudah dan jika dia telus dan tiada apa yang disorokkan,
dakwaan terhadapnya akan berhenti," katanya kepada media, di lobi
Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md
Yunos mendakwa Adam, 28, memiliki kekayaan luar biasa di usia yang terlalu muda.
Antaranya, Adam dikatakan memiliki rumah banglo
berharga RM7 juta serta beberapa kereta mewah.
Bagaimanapun, Adam kelmarin menafikan dakwaan tersebut dan
mencabar Jamal melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau tidak mengetahui jenis
perniagaan yang dijalankan Adam.
"Saya sebenarnya tak kenal dia. Dia agak baru dalam
parti," katanya.
Sumber: KLIK DISINI