Translate

10/01/2016

Tindakan Keras Perlu Diambil Kerana Memajak Tanah Mereka (Felda Bukit Goh) kepada Pengusaha Bauksit

Gambar hiasan
KUANTAN - Seorang peneroka Felda Bukit Goh nekad untuk tidak memajak ladang sawitnya bagi dijadikan kawasan perlombongan bijih bauksit walaupun menerima tawaran mencecah RM1 juta.

Salwani Tajuddin, 37, berkata biarpun ramai peneroka yang menjadi jutawan segera kerana memajak tanah mereka, namun kini terdapat sebilangan mereka hidup seolah-olah merempat.

"Memang dulu ada yang hidup mewah kerana menerima deposit yang tinggi daripada pengusaha bauksit, tapi duit yang banyak itu hanya dapat bertahan untuk sementara waktu dan mereka harus menunggu pula tempoh yang lama untuk menerima pulangan hasil perlombongan bauksit.


"Ada peneroka yang kini terpaksa jadi jaga kerana wang sudah habis. Tanah ladang sawit pun habis digondol untuk mendapatkan bauksit," katanya kepada Bernama.

Salwani berkata pada awal 2015, beliau didatangi seorang lelaki yang menawarkan deposit RM500,000 untuk mengorek bauksit di ladang sawitnya seluas empat hektar.

Beliau berkata selepas tawaran itu ditolak, lelaki itu kembali semula beberapa hari kemudian dengan menjanjikan tawaran lebih tinggi yang mencecah RM1 juta.

"Selepas saya turut menolak tawaran RM1 juta itu, lelaki itu menjadi berang dan berkata saya bodoh kerana menolak wang sebanyak itu.

"Namun bagi saya, mereka yang memajak tanah sawit kepada pengusaha bauksit, itulah yang sebenarnya rugi kerana gelap mata dengan duit yang hanya dapat bertahan untuk beberapa ketika, tetapi tanah mereka tidak akan kembali seperti dahulu," katanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...