![]() |
| Gambar hiasan |
KUANTAN - Seorang peneroka Felda
Bukit Goh nekad untuk tidak memajak ladang sawitnya bagi dijadikan kawasan
perlombongan bijih bauksit walaupun menerima tawaran mencecah RM1 juta.
Salwani
Tajuddin, 37, berkata biarpun ramai peneroka yang menjadi jutawan segera kerana
memajak tanah mereka, namun kini terdapat sebilangan mereka hidup seolah-olah
merempat.
"Memang
dulu ada yang hidup mewah kerana menerima deposit yang tinggi daripada pengusaha
bauksit, tapi duit yang banyak itu hanya dapat bertahan untuk sementara waktu
dan mereka harus menunggu pula tempoh yang lama untuk menerima pulangan hasil
perlombongan bauksit.
