Translate

08/07/2015

SUAMI ISTERI CUBA NAK MEMPERBODOH2KAN POLIS ?


Ayah dan ibu Putri Wafa direman

Sungai Petani: Ayah dan ibu Putri Wafa berusia empat bulan yang cedera disyaki didera direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkanMajistret Mohd Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Majistret Sungai Petani, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, suami isteri, masing-masing berusia 26 dan 25 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.


Putri Wafa sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas diserang sawan ketika berada di pusat jagaan di Sungai Petani.

Mangsa mengalami pendarahan dalam otak dan mata disyaki didera menyebabkan bapanya yang juga anggota tentera tampil membuat laporan polis Rabu lalu.

Bayi itu kini masih dirawat di HSB.

Sumber: KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...