PASIR MAS, 6 Julai: Seorang lelaki
berusia 27 tahun hancur tangan kanannya selepas bahan letupan dipercayai mercun
buatan sendiri meletup di tapak tangannya dalam kejadian di Kampung Chetok awal
pagi tadi.
Difahamkan,
mangsa yang juga bekas askar cedera parah dikejarkan ke Hospital Universiti
Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut.
Akibat
letupan kuat itu mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian badan selepas
terkena serpihan dipercayai mercun buatan sendiri atau dikenali sebagai ‘spedo’
di negeri ini.
Kejadian
jam 6 pagi ini dipercayai kes kedua kecederaan membabitkan mercun buatan
sendiri di Kelantan.
Sementara
itu, sumber polis menjelaskan letupan kemungkinan hasil daripada bom buatan sendiri
yang digunakan dalam kegiatan mengebom ikan.
Bagaimanapun
katanya, siasatan lanjut akan dijalankan kerana mangsa dikatakan masih belum
stabil.
Minggu
lalu seorang pelajar Tingkatan Tiga dari Wakaf Bharu, Tumpat hancur empat jari
tangan kanannya selepas mercun buatan sendiri meletup di tapak tangannya.
Mangsa
dikatakan bermain mercun buatan sendiri bersama tiga lagi rakannya selepas
waktu berbuka puasa dan hasil letupan itu turut didengari oleh ibunya yang
berada di rumah ketika kejadian.
Akibatnya,
mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, untuk dirawat di Wad
Kecemasan.
Sumber: KLIK DISINI