Tangkap saya? Teruskan, kata Mahathir
KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Ketua Polis
Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tiada alasan untuk menahan
mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya kerana bagi memenuhi
saranan `nakal’ beberapa pihak.
Beliau
berkata, polis tidak perlu menuruti saranan pihak lain untuk menangkap dan
menahan individu tertentu.
“Saya
tidak tahu apa saranan yang dibuat mereka ini untuk menangkap orang itu dan
ini.
“Pada
saya itu saranan ‘nakal’ yang tidak perlu dilayan.
“Tiada
sebab untuk saya menangkap Tun (Dr) Mahathir,” katanya pada sidang media
selepas melancarkan Majlis Pelancaran Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya
Aidilfitri di ruang legar Stesen Sentral Kuala Lumpur.
Isnin
lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk
Saifuddin Abdullah mahu KPN menahan Tun Dr Mahathir.
Katanya,
jika benar Dr Mahathir adalah dalang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak mengambil wang dari 1Malaysian Development Berhad (1MDB), pihak
berkuasa sepatutnya tidak berlengah untuk membuat tangkapan.
Sumber: KLIK DISINI