Kuala
Lumpur: Sindiket dadah tempatan sanggup mendatangkan khas ‘saintis dadah’ dari
India dan Sri Lanka ke negara ini diupah memasak syabu dan ecstasy bernilai
jutaan ringgit.
Tiga
suspek warga asing itu dikesan memiliki pengetahuan mendalam merumus serta
mengadun pelbagai campuran kimia untuk menghasil dadah sintetik bermutu tinggi.
Bagaimanapun
aktiviti sindiket dianggotai lima warga tempatan termasuk seorang wanita itu
terbongkar selepas makmal dadah dan stor penyimpanan bahan kimia menghasilkan
dadah itu diserbu polis di Sepang, Selangor.
Serbuan
dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, JSJN Ibu
Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor serta Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik
(STING) dalam serbuan Jumaat dan Sabtu lalu.
Pengarah
JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis menahan
tiga warga asing membabitkan dua warga Sri Lanka dan seorang warga India selain
lima suspek warga tempatan berusia 29 hingga 43 tahun.
Menurutnya,
polis merampas syabu dan pil ecstasy dianggarkan bernilai RM10 juta.
“Semua
suspek ditahan dalam tujuh serbuan berasingan di Wangsa Maju, Seri Kembangan,
Damansara dan Sepang, Selangor.
”Polis
membongkar satu makmal dadah sintetik dan stor penyimpanan bahan kimia di
sebuah rumah teres setingkat. Turut ditemui syabu seberat 34.76 kilogram
bersama 18,651 pil ecstasy dirampas,” katanya.
Sumber: KLIK DI SINI