Translate

11/03/2015

KERAJAAN NEGERI TERENGGANU JANGAN TERLALU GHAIRAH


"SEMUA PAK TURUT DAN CEPAT MELATAH"

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) meminta Kerajaan Negeri Terengganu supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang melibatkan industri pelancongan di negeri berkenaan.

Pengerusi MATTA, Hamzah Rahmat berkata kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafee yang mengatakan kerajaan negeri itu akan mengeluarkan garis panduan etika berpakaian untuk diedarkan kepada pelancong asing, terutamanya wanita perlu dielakkan pada masa hadapan.


Menurutnya, sekalipun ia telah ditarik balik oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, ia dilihat memberi kesan negatif terutamanya pada pelancong asing.

“Maklumat pada masa kini tersebar dengan begitu pantas dan sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan, ia seharusnya dikaji dengan penuh berhati-hati.

“Sekiranya ia tidak ada kepastian sepenuhnya mengenai perkara berkenaan maka seeloknya ia tidak dikeluarkan,” katanya kepada The Rakyat Post di sini hari ini.

Tambah Hamzah lagi, sekalipun penguatkuasaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) 2001 hanya melibatkan umat Islam di negeri berkenaan, namun ia dilihat akan memberi kesan kepada pelancongan di Terengganu.

Jelasnya, apabila timbulnya senario di mana wujudnya ada sesuatu perkara yang boleh dilakukan dan sebaliknya, ia sudah pasti akan menimbulkan rasa was-was dalam kalangan pelancong termasuk umat Islam.

“Apabila senario itu wujud, sekiranya mereka mempunyai pilihan destinasi pelancongan lain, mereka mungkin akan pergi ke tempat lain yang mereka tidak perlu bimbang untuk dengan sebarang larangan dan sebagainya.

“Sehingga hari ini masih belum ada sebarang rungutan daripada ahli MATTA di negeri berkenaan selepas pelaksanaan undang-undang berkenaan namun pada (masa) akan datang saya tidak pasti,” ujarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...