Translate

11/03/2015

KENAPA LAH KAU ROSMAH JADI BEGINI ??????????


KUALA LUMPUR 9 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah meminta rakyat berwaspada dengan propaganda kumpulan militan agar tidak terpedaya dan menyalahgunakan konsep jihad atas nama Islam.

Seri Paduka bertitah, mereka perlu sentiasa mengawasi anggota keluarga masing-masing serta bersama-sama menghayati ajaran Islam sebenar.

“Beta menyambut baik usaha berterusan untuk memperkukuh kawalan keselamatan dan ketente­raman awam khususnya menangani ancaman pengganas di Sabah dan membendung penularan fahaman ekstrem dalam kalangan rakyat se­perti militan Islamic State (IS).


“Lanjutan daripada pembenta­ngan Kertas Putih berhubung ancaman militan, kerajaan juga bercadang mewujudkan undang-undang berhubung antikeganasan,” titah Seri Paduka ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen Ke-13 di sini hari ini.

Seri Paduka turut menggesa semua anggota Parlimen menjadikan mesyuarat Parlimen ini sebagai waktu terbaik untuk membuka lembaran baharu dengan niat dan tekad yang positif setelah negara mengharungi pelbagai cabaran serta dugaan sepanjang 2014.

Sepanjang tahun lepas, negara diuji dengan beberapa peristiwa yang tidak diduga seperti tragedi melibatkan pesawat MH370 dan MH17 milik Malaysia Airlines serta bencana banjir besar luar biasa di beberapa negeri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...