Translate

10/03/2015

AL-FATIHAH : Jasamu dikenang > Penyanyi Elias Shah meninggal dunia


KUALA LUMPUR 9 Mac - Penyanyi Elias Shah, 56, yang popular pada tahun 80-an meninggal dunia di Hospital Lumut, Perak pada pukul 1 pagi tadi kerana kencing manis dan jangkitan kuman.

Jenazah telah dibawa pulang ke Setapak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Titiwangsa, kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Sharifah Hamidah Syed Hamid dan tiga orang anak. Yang turut hadir di tanah perkuburan ialah Presiden Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk D.J Dave.

Elias Shah sebelum ini pernah muncul dengan album sulung berjudul Kehancuran pada 1984, seterusnya merakamkan beberapa album iaitu Siapalah Aku (1988), Kembalilah Sayang (1989) , Dangdut (1994) , Irama Dangdut 60-an (1992) dan Zapin Berdayung (2003). - UTUSAN ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...