Translate

21/12/2014

UMNO memperlekehkan peranan Rakan Radio Amatur Terengganu ???


Radio amatur banyak bantu operasi Pas

KUALA TERENGGANU - Ahli Jawatankuasa Operasi Banjir Pas Terengganu disaran mendapatkan lesen radio amatur bagi meluaskan rangkaian komunikasi dalam membantu dan menyelamat mangsa banjir.

Pengerusinya, Dr Azman Ibrahim berkata, penggunaan radio amatur cukup berkesan sekiranya hubungan komunikasi terputus ketika bencana, sebagaimana berlaku di Kemaman pada musim tengkujuh tahun lalu.

Justeru katanya, kira-kira 100 ahli jawatankuasa terbabit sudah mempunyai lesen itu bagi memudahkan urusan sepanjang operasi banjir.


“Dalam jawatankuasa ini, salah satunya adalah unit radio amatur bagi memastikan pengendalian yang berkesan dengan bilangan ramai.

"Kita turut mendapatkan sumber kewangan dan mengeluarkan bajet untuk memastikan ahli yang mempunyai lesen, dilengkapi dengan kemudahan itu. Kita mahu kecanggihan teknologi diguna sepenuhnya,” katanya.

Menurut Azman, pihaknya juga mempunyai dua pangkalan antena berpusat di Bilik Gerakan Banjir Pas Terengganu, Gong Badak dan Pusat Operasi Banjir Taman Solehah Tepoh, setiap satunya melibatkan ruang komunikasi sejauh 20 kilometer yang digunakan ketika banjir gelombang pertama lalu.

Bagaimanapun katanya, bagi kejadian kali ini, kedua-dua antena itu tidak berkesan memandangkan banjir melanda bermula dari Besut sehingga Kemaman, yang melibatkan jarak terlalu jauh.

"Saya turut menjalani ujian mendapatkan lesen radio amatur di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 18 Disember lalu di Taman Tamadun Islam.

“Bukan mudah mendapatkan lesen ini kerana seseorang itu perlu menghadiri kelas dan lulus ujian melibatkan 100 soalan objektif. Hanya yang berjaya layak mendapat lesen,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...