Melihat Melayu bangkit
secara tiba-tiba, Anwar akan bermain wayang lagi dan cuba memulihkan sokongan
dengan mengambil hati Melayu dan mula memberi kata dua kepada DAP.
Di
ketika ini, DAP akan membongkar semula kes liwat Anwar lengkap dengan segala
bukti lalu menyumbat Anwar kembali ke penjara.
100 hari kemudian dan
seterusnya Malaysia akan benar-benar huru-hara dengan penyokong Anwar yang
merusuh dan bangsa Melayu yang marah. Lalu Anwar akan mencuba sekali lagi
meminta kuasa besar masuk campur sepertimana sebelumnya dengan harapan dia akan
dilantik menjadi PM kembali jika berjaya bebas kembali.
Namun, hubungannya dengan
kuasa besar terbatas kerana pemerintahan diktator dan chauvinis DAP tidak
mungkin memberi kelonggaran dan keistimewaan kepadanya untuk berhubung dengan
dunia luar dari dalam penjara sepertimana UMNO/BN.
Kerosakan dan kemusnahan
yang berlaku dalam 100 hari pemerintahan PR dijangka terlalu teruk dan tidak
mungkin dapat diperbaiki lagi dalam 100 tahun yang akan datang.
Segala syarikat GLC akan
diterajui oleh kaum Cina dan dalam masa 1 – 2 tahun kemudiannya, tidak akan ada
satu pun bangsa Melayu yang menjawat walaupun jawatan Pengurus rendah di
syarikat-syarikat tersebut.
Kaum
Melayu akan terpinggir dengan ketiadaan kuota bumiputera, hak istimewa dan
Raja-raja. Tanah-tanah Melayu akan dirampas dan Melayu akan dihalau
ke pinggir hutan sepertimana slogan DAP ketika 13 Mei 1969.
Melayu PAS dan PKR yang
buta tuli akan tetap bersorak gembira. Melayu UMNO pula terpaksa membina
semula landasan perjuangan nenek moyang dahulu kala.
Perjuangan
yang pastinya lebih perit dan lebih sukar dari sebelumnya. Anak-anak dan
cucu kita pula tidak tahulah apa nasib mereka di tanah air sendiri di ketika
itu.
Inilah gambaran 100 hari
pemerintahan PR di Malaysia. Pejamkan mata, dan fikirkan secara
terbuka. Ia bukan mustahil malah ia berkemungkinan yang amat besar akan
menjadi nyata. Minta dijauhkan Allah S.W.T!