Kenyataan Guan Eng pasal hudud tiada bezanya dengan kajian UMCEDEL yang
menyatakan hanya 18% orang bukan Islam menyokong hudud.
Guan eng menyatakan masanya belum sesuai untuk membawa agenda hudud sebab
rakyat umum masih tidak dapat menerimanya terutama orang bukan Islam.
Ia juga satu petanda jelas bahawa dakwah PAS pada bukan Islam berkenaan
hudud semenjak Enakmen hudud dilulus di Terengganu 2002 masih menemui
kegagalan.
Sepatutnya PAS muhasabah diri sendiri dari memaki dan menyerang DAP.
Lagipun, PAS sendiri menangguhkan perlaksanaan hudud di Terengganu setelah
Enakmen tersebut diluluskan dan diperkenan Sultan Terengganu.
Hakikatnya tindakan Presiden PAS menangguhkan perlaksanaan hudud di
Terengganu adalah bukti pendirian PAS berkenaan hudud adalah hampir sama dgn
DAP dan perbezaan adalah dalam beberapa perkara sahaja.
Bukan DAP yang menangguhkan perlaksanaan hudud di Terengganu tahun 2002
yang lepas walaupun telah pun mendapat perkenan Sultan Terengganu