Ketua Umno
Bahagian Pulai mencadangkan parti berkenaan menyediakan platform untuk rakyat
berbincang serta membahaskan isu berkaitan secara terbuka dalam bentuk ilmiah
sebagai usaha menerapkan politik baru dan matang dalam Umno.
Datuk
Nur Jazlan Mohamed yang memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Pulai selama tiga
penggal mengakui Umno sering dilihat sebagai parti yang tertutup dan tidak
menggalakkan perdebatan mengenai isu berkaitan rakyat secara terbuka di
kalangan ahlinya, kecuali ketika Mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Perhimpunan
Agung parti.
“Umno
perlu berubah, kerana rakyat sudah berubah dan perubahan yang dikehendaki
golongan akar umbi terutamanya orang muda, adalah melihat pemimpin mereka
berbahas secara ilmiah dengan fakta, sekaligus lari daripada politik yang
berasaskan perkauman.
“Ini
juga antara ‘wow factor’ yang dicari Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin
Yassin, dan saya percaya ramai pemimpin muda serta lama dalam parti bersetuju
mengenai perkara ini,” katanya hari ini.